Salam AidilAdha..
Alhamdulilah tahun ini, kite semua sekali lagi berjaya melalui hari raya aidiladha untuk ke sekian kalinya. Semoga para jemaah haji mendapat haji yang mambrur dan dirahmati Allah...Ameennn....
Tahun lepas, pada ketika semua orang menyambut hari yang mulia ini, aku berada di Disneyland Paris dan beraya bersendirian.huhuuhu...sdey je kan...Alhamdulillah, tahun ni,aku dapat kembali berhari raya bersama keluarga dan ianya menjadi AidilAdha yang mungkin xdapat dilupakan...Kira2 pukul 10.30 pagi, aku mendapat panggilan dari Aunty Rahimah..
Aunty: Sheila, duduk jauh sikit ngan mama..Aunty nak cakap sikit..
Aku:(Dalam hati aku berdebar2 gaklaa) Ok..Aunty..Dah jauh dari mama..
Aunty: Aunty cakap jangan terkejut ye..Abah jatuh..Orang surau nak hantar die g hospital..Jangan kecoh2 ye..Takut mama awak terkejut..Cakap pelan2 ye..
Aku : Astagfirullahalazim..Abah macam mana? Teruk ke?
Aunty : Ok kot..Jangan risau..Kitorg nak anta die g Tropicana Medical Centre..
Aku : Tq Aunty. Kitorg dtg skrg.
Time tu, memang aku teramat2 lah risau..Dalam hati, mendoakan agar takde pape yang teruk..Aku bisik kat along n along segera g ke surau nak tengok abah.. Aku pulak, bergegas ke dapur dan mintak semua org kat dapur diam sekejap..
Aku : Ok...Jap..Nak cakap Sikit..Jangan Terkejut ye..Abah jatuh..Org surau hantar g hospital tropicana..
Mama : Ya Allah..Jom sekarang kite pergi..
Di raut wajah mama, teramatlah risau sangat..Aku juga dapat merasakan kerisauan itu. Hanya tuhan yang tahu bertapa berdebar nye time tu..Mama suruh aku tutup pintu rumah semua..Die terus bergegas dengan makcik aku untuk ke hospital..Selepas aku kunci rumah, tutup tingkap semua, aku pun terus bergerak ke hospital..Pada ketika itu, dah xpikir ape dah..Cume berharap tiada apa2 yang serius akan terjadi....
Sampai di hospital, mama, makde, ida, farid n along semua berada di luar emergency room..Abah kat dalam..Dr tgh check n nak wat scan,xray, bla bla bla..Mama kata, jangan risau, xde apa yang serius..Abah sedar..Cuma doakan supaya tangan abah tak patah n luka di kepala tiada apa2...Tak lama pastu, aku masuk nak tengok abah..Alhamdulillah..Abah nampak ok..Cuma nampaklah die tahan saket..Aku duduk kat sebelah dan picit abah kat tempat yang sakit..Rupanya2, abah jatuh tu masa nak sembelih lembu..Lembu tu mengamuk n tanduk abah..Sian my abah..Tandukan lembu tu yang menyebabkan abah terjatuh n finally being warded..huuu..After few hours, Dr. cakap abah boleh balik. Tapi kalau muntah2, kne dtg balik..Takut ada effect kat kepala sebab hentakan tu..Harap2 abah oklah kan..Doakan abah cepat sembuh okay! Harap2 takde apalah yang series..Malam AidilAdha yang pertama, as planned earlier, kitorg proceed untuk celebrate birthday adik aku (farid) and umar(anak along aku)..Makan2 biasa aja n potong kek..Nothing much..Memandangkan abah pon xsehatkan..So, celebrate biasa2 je..
Hari ni pulak, kitorg satu family, plan nak check in hotel..Tidur kat Cititel Midvalley..Nak bagi abah berehat duduk kat hotel..So, we(anak2 n cucu2) had fun together mandi swimming pool, jalan2 tawaf satu midvalley..Abah pulak duduk berehat di bilik ngan mama..So, now im writing this at the hotel..Baru lepas picit abah tadi n now abah pon dah tertidur…Abah, we all love u..Get Well soon okay…Walaupon mungkin, kitorg degil, n macam2 hal, tapi kitorg semua sayang abah sangat2..no one can ever replace ur place…Cepat2 sembuh ye…
XoXo,
Adik
1 comment:
comel..seolah-olah abah kamu matador yang ditanduk lembu...the best pray for him
-b-
Post a Comment